Siakap Keli

(Video) “Dash Cam” Terakam Lintasan Dipercayai Meteor Di Langit Johor Awal Pagi Tadi

Fenomena meteor ini bukanlah berlaku di serata tempat, hanya tempat tertentu sahaja yang dapat merasainya. Jika anda bernasib baik, berkemungkinan akan menyaksikan lintasan lampu ‘fireball meteor’ di langit.

Tular sebuah video dipercayai kejadian ‘fireball meteor’ yang berlaku di sebuah jalan di Johor. Menurut rakaman video tersebut, kejadian ini berlaku pada pukul 5 pagi hari ini.

Menurut pemilik video, rakaman itu terakam menggunakan dash cam yang terpasang pada kenderaanya. Dalam kapsyennya tertulis, “boleh sesiapa bagitahu apa benda tu, tiba-tiba muncul jam 5 pagi.”

Pengguna facebook yang lain turut berkongsi bahawa ada yang melihat kejadian itu awal pagi tadi, ada juga yang mendakwa melihatnya petang semalam. Namun kesahihan bahawa cahaya tersebut adalah meteor masih lagi belum dikenalpasti kerana sejak artikel ini ditulis, tiada lagi kenyataan rasmi dari pihak ANGKASA tentang kejadian tersebut.

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Hujan Meteor Quadrantids 4 & 5 Januari Ini

Pada 4 dan 5 Januari yang lepas, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan hujan meteor Quadrantids. Antara negeri yang dapat menyaksikan fenomena itu adalah seperti Johor, Melaka, Selangor dan Sabah dan kejadian itu dapat disaksikan bermula jam 11 malam (4 Januari 2020) sehingga 5 pagi (5 Januari 2020). Namun, tiada maklumat rasmi hujan meteor Quadrantids ini berkait dengan kejadian awal pagi tadi yang dipercayai berlaku di ruang langit Johor.

 

Sumber: Violet Crystal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang