Siakap Keli

(Video) “Dia Boleh Tolak Tangga Tu”, Bapa Terperangkap Di Siling Rumah Lepas Anak Larikan Tangga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak-anak yang masih kecil dan sedang melalui fasa pembesaran di usia satu hingga tiga tahun pastinya banyak akal dan suka meneroka. Kerenah mereka ini selalunya menghiburkan hati sehingga ada ibu bapa yang gagal untuk memarahi anak-anak kerana tindakan mereka yang lucu.

Seperti perkongsian oleh seorang bapa, Mohd Safuddin Mohd Shawal, di Facebook miliknya, mengenai teletah si anak yang ‘melarikan’ tangga ke belakang sewaktu dia mahu turun selepas selesai melakukan kerja-kerja wiring di rumah baharu mereka.

Video gelagat dua beranak ini ternyata melucukan hati ramai apabila si anak yang baru bangun tidur tidak mengikuti arahan si bapa untuk mengembalikan tangga tersebut ke tempat asal.

Ceritanya macam ni, orang rumah saya bersalin anak kedua dan masih di wad. Saya pula kena siapkan wiring rumah sebab tak lama lagi nak berpindah.

Anak bujang sorang tu umur nak masuk 2 tahun terpaksa saya jaga.. masa tengah wiring tu anak elok saja tidur..

Saya pula teruskan kerja dan tak terfikir yang dia boleh tolak tangga tu ke belakang sebab dia nak panjat main air di singki. Handfone kebetulan dekat tangan sebab kebiasaannya anak tengok kartun tapi dia tidur, saya pula nak buat lampu suluh.

Sudahnya bila nak turun tu tengok tangga dah hilang. Nak terjun tak boleh sebab lubang siling kecil. Nak bergayut terjun tu mustahil.

Bila tengok anak hulur susu dah terfikir yang anak nak susu dan suruh buka penutupnya. Jalan penyelesaian saya lalu bumbung dan lompat di parking kereta..

Bersabar la dengan kerenah anak. Pernah lepak luar rumah anak kunci pintu, suruh ambil anak gelak-gelak.. Last pakai batang penyapu jatuhkan kunci dari dinding, baru anak faham ambil kunci.

Tonton video di bawah :

https://www.facebook.com/mohdsafuddin.mohdshawal/videos/pcb.1619142888232783/1619142788232793/?type=3&theater

https://www.facebook.com/mohdsafuddin.mohdshawal/videos/pcb.1619142888232783/1619142828232789/?type=3&theater

Sumber : Mohd Safuddin Mohd Shawal

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.