Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Pusat Pelancongan Didakwa Kosong Tanpa Pelancong Dari China?

Namun demikian, berbeza pula dengan industri pelancongan di New York. Menurut New York Times, hotel-hotel di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty mengalami kerugian besar berikutan koronavirus.

Pengurus hotel tempatan yang bergantung kepada kemasukan pelancong China mendakwa anggaran kerugian dihadapi adalah melebihi USD$100,000 bersamaan kira-kira RM414,100.

Syarikat yang mengurus lawatan di Manhattan juga berhadapan sehingga 300 pembatalan melibatkan pelancong China yang tidak dapat ke New York pada minggu lalu, lapor portal berkenaan.

Malah, pemilik agensi pelancongan di Queens yang menyusun 200 perjalanan pelancong China juga terpaksa mempertimbangkan untuk menghentikan dua dari lima pekerjanya.

“Ia akan menjadi beban kewangan yang serius,” ujar Elizabeth China, agen pelancongan tempatan merangkap pengerusi Pertubuhan Pelancongan Asia Pasifik cawangan New York.

“Penerbangan dibatalkan. Operasi pelancongan dibatalkan,” tambahnya.

Setakat ini, seramai 20 warga Amerika disahkan positif koronavirus.

kredit: NY Times

Sumber: NY Times, Facebook

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.