Siakap Keli

(Video) Wanita Dari Wuhan ‘Kantoi’ Sengaja Ludah Pada Pemegang Pintu, Disyaki Jadi Punca Lebih 30 Hidap Covid-19

Penularan wabak COVID-2019 telah menjangkiti lebih 44,793 orang dengan 1,112 daripadanya dilaporkan maut. Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Ketika ini, diseluruh dunia pelbagai langkah pencegahan telah dibuat oleh setiap negara bagi memastika virus ini tidak berterusan merebak.

Baru-baru ini, tular satu video dilaman Youtube menunjukkan tindakan seorang wanita di Wuhan, China yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan orang lain.

Menurut Wartakota , wanita berkenaan telah dirakam oleh kamera sengaja meludah kearah pemegang pintu dikawasan tempat tinggalnya.

Selepas kejadian berkenaan, kawasan kediaman dilaporkan mempunyai lebih 30 kes positif COVID-2019 dan 90 lagi mempunyai simptom seperti demam.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada wanita berkenaan menghidap wabak tersebut, namun penduduk di kawasan itu merasakan perbuatannya sangat menjijikan dan perlu dihalang supaya tiada penyakit berbahaya tersebar.

Sumber : Tribun News

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.