Siakap Keli
Gambar: Mothership.sg

Covid-19: Pembersihan Telefon Bimbit Mungkin Lebih Berkesan Dari Memakai Topeng Untuk Elak Jangkitan

Pemakaian topeng muka sememangnya penting bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 yang boleh merebak melalui batuk, selesema dan juga sentuhan.

Perkara ini disebarkan secara meluas tetapi ada yang kurang mendapat pendedahan ramai iaitu melalui penggunaan telefon bimbit untuk mencegah penyebaran wabak.

Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kenneth Mak, di akhir persidangan memberikan satu tips ini kepada orang ramai.

”Nasihat terbaik yang boleh saya berikan pada kamu untuk mempertahankan diri adalah dengan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air serta berhati-hati dengan barangan yang selalu kamu sentuh.

Gambar: Mothership.sg

”Barangan biasa yang selalu disentuh oleh orang ramai adalah telefon bimbit, dan mungkin anda mahu memastikan permukaan telefon dibersihkan dahulu sebelum anda menyentuhnya.

”Tanpa sedar, ramai yang sering melakukan perkara tersebut, di mana ianya merupakan salah satu perkara penting untuk melindungi diri.”

Malah, menerusi fakta kajian yang dijalankan oleh para saintis di Universiti Arizona, telefon bimbit sememangnya membawa 10 kali ganda bakteria berbanding mangkuk tandas.

Gambar : mothership.sg

Menurut portal South China Morning Post, pembersihan telefon dan mencuci tangan mungkin adalah cara yang lebih baik daripada memakai topeng muka.

Sumber : mothership.sg

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa