Siakap Keli

Covid-19: Vietnam ‘Tutup’ Bandar Dan Kuarantin Penduduk 20 Hari, Mulai Hari Ini

Selepas China ‘menutup’ puluhan bandar di negaranya, kini Vietnam mengambil langkah yang sama untuk membendung penularan Covid-19 setelah kes ke-16 positif jangkitan disahkan di negara itu.

Gambar : Nhac NGUYEN/Google
Gambar : Google

Mangsa terbaharu, seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan bapa kepada seorang individu yang dijangkiti sebelum ini di Son Loi, daerah Vinh Phuc, kira-kira 40 kilometer barat laut ibu kota, Hanoi.

Gambar : Google

Ini merupakan penutupan sebuah bandar di luar tanah Besar China sejak penularan Covid-19 yang telah membawa kepada puluhan ribu kes positif jangkitan virus.

Difahamkan, pihak berkuasa tempatan telah menutup kawasan di daerah Binh Xuyen dan penduduk akan dikuarantin selama 20 hari bermula hari ini.

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)