Siakap Keli
Gambar: BBC

Foto Tikus ‘Bergaduh’ Di Stesen Kereta Api Bawa Tuah, Menang Anugerah Fotografi Dunia

Tuah pergaduhan dua ekor tikus, seorang jurugambar berjaya memenangi anugerah gambar pilihan Wildlife Photographer of The Year Lumix.

Bagai ‘menangguk di air keruh’, jurugambar, Sam Rowley sempat menangkap gambar dua rodensia yang sedang berebut cebisan makanan dijatuhkan penumpang di sebuah stesen keretapi bawah tanah di London.

Teruja dengan kehidupan populasi tikus di stesen tersebut, Sam menghabiskan masa selama lima hari untuk memerhati dan mengambil gambar mereka.

Beliau terpaksa meniarap di atas lantai stesen bagi mendapatkan gambar dari sudut yang menarik dan sesuai untuk mendapatkan imej jelas makhluk kecil itu.

“Tikus di sini dilahirkan dan menjalani hidup sepanjang hayat mereka tanpa melihat matahari atau memijak rumput.

“Dalam situasi terdesak melalui fasa suram selama beberapa bulan, mungkin setahun dua, kemudian mati.

Disebabkan tikus banyak dan sumber kurang, mereka perlu berebut sesuatu yang tidak relevan seperti kerak roti,” kata Sam.

Gambar beliau yang dinamakan “Station Squabble” itu telah mendapat undian tertinggi sebanyak 28,000 daripada pengikut setia pertandingan fotografi tahunan berkenaan.

Sumber: BBC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.