Siakap Keli

Kamu Orang Yang Paling Baik Dan Jujur Pernah Saya Jumpa Abam – Kevin Zahri

Kehilangan serorang pelawak terkenal Tanah Air, Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mukhtar sangat memberi kesan mendalam pada sahabat selebriti dan orang awam. Sudah tiga hari berlalu Allahyaram Abam meninggalkan rakyat Malaysia.

Ramai yang terkesan dengan pemergiannya terutama sekali dalam kalangan rakan selebriti.

Hari ini, personaliti TV dan juga jurulatih kecergasan, Kevin Zahri berkongsi pengalamannya bekerja bersama Arwah Abam untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang kesihatan.

“Sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga untuk bantu orang lain”

Dalam perkongsiannya ini, Kevin mengatakan bahawa walauupn masa bersama sangat pendek tetapi tetap bermakna. Beliau berkata belum pernah lagi berjumpa dengan orang sangat tulus, baik hati dan ikhlas seperti Arwah Abam.

“Mungkin kita sepatutnya buat lebih untuk membantu awak,” kata Kevin Zahri.

Saya akan merindui abang saya…

Kevin Zahri ada menegaskan bahawa ia bukanlah kerana #gemukisawesome tetapi ia tentang awesome tidak kira apa jua.

Rata-rata netizen juga mula sebak dengan kata-kata yang disampaikan oleh jurulatih kecergasan ini.

“Bila dia tak ada. banyak kebaikan dia yang ramai tak tahu”

“Moga kau tenang di sana”

 

Sumber:  Kevin Zahri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang