Siakap Keli

Lelaki Pernah Melancong Ke Bali Disahkan Positif Covid-19, Dua Lagi Ditahan Di Hospital

Seorang pelancong China yang baru pulang dari Bali 28 Januari lalu disahkan positif Covid-19, lapor Dailymail.

Lelaki berkenaan dilaporkan telah membuat ujian pengesanan di negaranya pada 5 Februari lalu dan disahkan positif.

Seorang pegawai kesihatan berkata, lelaki yang berasal dari Wuhan itu dipercayai dijangkiti virus berkenaan  selepas dia pulang ke rumah dan tidak dijangkiti semasa di Bali.

”Saya fikir ada kemungkinan kecil bahawa pesakit telah dijangkiti oleh virus sebelum dia melawat Bali.

”Walau bagaimanapun, kami akan menyemak semula semua fakta. Maklumat itu akan kami kongsikan nanti. 

”Kami akan mengesan semua tempat yang telah dilawatinya. Sudah tentu, kami akan lebih berjaga-jaga,” kata Ketua Agensi Kesihatan Wilayah Bali, Ketut Suarjaya.

Berita mengenai pelancong tersebut yang hanya dikenali sebagai Jin dimuat naik oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Huinan di laman web Weibo mereka pada 6 Februari.

Sementara itu, dua pelancong Cina yang lain mempunyai simptom yang sama seperti selsema kini ditempat dalam pengasingan di Hospital Delpansar Sanglah sementara menunggu keputusan ujian darah.

Sumber : Daily Mail UK

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.