Siakap Keli

Macam Drama Pukul 7, Kucing Ini Suka Menyamar Jadi Miskin Tapi Sebenarnya ‘Anak’ Orang Kaya

Bagi penggemar kucing sudah pasti sentiasa terhibur dengan keletah atau perangai si comel kesayangan. Tak dinafikan di Malaysia, ramai diantara kita yang menjadi penggemar kucing dan ada yang sanggup mengutip kucing-kucing jalanan dan membela dengan penuh kasih sayang.

Tapi kisah ini mungkin akan mencuit hati anda apabila kucing ini yang tidak didedahkan namanya suka menyamar sebagai kucing yang kotor dan miskin tapi sebenarnya dia adalah kucing peliharaan seorang pemilik kedai binatang peliharaan (Pet Shop) dan dia akan dibersihkan selepas pulang ke rumah.

Pergh, macam drama pkul 7 pulak. Menyamar, tup2 kaya rupanya. Ini lah dia sekor kucing kaya yang suka kelihatan Miskin. Suka merayau mengorat awek, minta simpati dari orang lain dengan muka gelandangan.

Dia sebenarnya anak tokey sebuah pet shops, dimana setiap kali dia balik, mereka akan mandikan dia dan bersihkan dia elok-elok. Tak caya tengok foto foto last.

Ada juga kucing yang pandai menyamar miskin sedangkan dia kaya untuk raih perhatian. Dah macam manusia pulak perangai tu. Namun ada berita sedih mengenai kucing ini apabila dia dikatakan sudah mati beberapa minggu lalu dan dia juga berasal dari Thailand. Semoga kau tenang di sana.

Sumber: Azha Nafi

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)