Siakap Keli

Parkson Buat Hal Lagi, Nak Bagi RM10,000 Untuk Pelanggan Bertuah Sehingga 22 Mac 2020

Bila dengar je Parkson, teringat hari tu shopping minyak wangi sebotol tapi dapat baucer bukan main banyak sampai boleh beli barang lain.

Seronok membeli-belah dekat Parkson ni sebab rasa berbaloi dengan apa yang kita dapat menerusi setiap pembelian. Kadang-kadang tu tak rancang pun nak beli banyak, tapi bila nampak je tawaran menarik, terus borong macam orang tak betul semata-mata nak menang hadiah.

Kempen terbaru daripada Parkson yang sedang berlangsung bulan ni pun buat meleleh air liur. Hadiah dia bukan biasa-biasa, bernilai lebih RM10,000. Nak tahu lebih, jom baca ni.

Parkson sekarang tengah jalankan kempen terlajak best ‘Shop2Win Travel Edition’ yang membolehkan korang memenangi set luggage eksklusif bagi setiap RM180 pembelian.

Kalau yang biasa berjalan tu mesti tahu berapa harga luggage yang ada dekat pasaran. Bukan murah ye tuan dan puan. Kadang tu boleh cecah ribu-ribu ringgit dengan tahap ketahanan yang pelbagai.

Macam mana nak menang?

Okay pertama sekali apa yang korang kena buat adalah ajak mak, ayah, suami, isteri, saudara-mara dan kawan-kawan untuk shopping dekat Parkson daripada 10 Februari sehingga 22 Mac ini,

Kedua, kena ada Parkson Kad untuk membolehkan korang layak menyertai kempen ini.  Macam mana pula kalau takde kad tu?

Jangan risau, korang boleh apply je kad tu secara percuma dekat kaunter khidmat pelanggan di mana-mana Parkson atau mohon secara atas talian di website Parkson.

So, dah ajak mak ayah, Parkson Kad pun dah ada, langkah yang terakhir adalah, beli apa-apa saja dekat Parkson sebanyak RM180, secara automatik korang akan terus berpeluang untuk menang.  Senangkan?

Masa nak bayar tu jangan lupa pamerkan Parkson Kad korang sebab kad tu yang akan menentukan kelayakan korang nanti. Pemenang akan dipilih secara automatik berdasarkan sistem tracking Parkson Kad tu.

Lagi satu korang kena buat, follow page Parkson Malaysia di Facebook sebab nama korang mungkin terpapar di laman rasmi media sosial Parkson.  Nanti kalau tak follow, korang tak tahu korang menang ke tak. Rugi pula nanti.

Apa tunggu lagi? Jom serbu Parkson ramai-ramai di seluruh Malaysia dan jangan lupa bawa Parkson Kad untuk melayakkan korang memenangi hadiah eksklusif tu. Yang belum ada kad, mohon je dekat kaunter khidmat pelanggan atau secara online dengan hanya satu klik je. Semuanya percuma saja.

Nur Farra