Siakap Keli

“Saya Suka Bahagian Kepak,” Tak Hirau Wabak Covid-19, Kari Kelawar Dijadikan Hidangan Di Indonesia

Daging kelawar, tikus dan ular masih lagi dijual di sebuah pasar Indonesia yang terkenal dengan pelbagai pilihan daging haiwan eksotik walaupun kerajaan melarang untuk menjadikan ianya sebagai salah satu menu susulan daripada krisis Covid-19 ini.

Peniaga di salah satu pasar daging eksotik yang terletak di kepulauan Sulawesi menyatakan bahawa perniagaannya semakin maju kerana para pelancong yang ingin tahu kerap berkunjung untuk merasai pengalaman makan daging eksotik.

Seorang lelaki yang menjual kelawar di salah sebuah kedai yang terdapat di situ menyatakan penjualan masih diteruskan dan selalunya barang jualan pasti akan habis.

Saintis percaya bahawa virus maut tersebut berasal daripada sebuah pasar di Wuhan yang menjual daging haiwan liar, dan juga berkemungkinan ianya datang daripada kelawar.

Menurut Daily Mail, daging kelawar merupakan makanan tradisional oleh masyarakat Minahasa dari Sulawesi Utara dan secara lazimnya dijadikan hidangan kari yang dikenali sebagai Paniki.

Seluruh badan kelawar digunakan di dalam masakan, termasuk kepala serta sayapnya.

Kelenjar daripada ketiak dan leher kelawar tersebut perlu dibuang terlebih dahulu bagi menghilangkan bau busuk. Ianya kemudian dipanggang atau dicucuh dengan api untuk membuang bulu sebelum dipotong dan dimasak bersama beberapa herba, rempah dan santan.

“Kelawar adalah satu sumber protein asli, khususnya di Sulawesi Utara, salah seorang pakar kulinari di Indonesia.

“Bahagian yang paling saya gemar adalah kepaknya,” ujar pakar tersebut.

Selain kelawar, pasar tersebut juga menjual haiwan liar yang lain juga antaranya ialah ular sawa, tikus dan anjing yang telah rentung dibakar bagi menanggalkan bulunya.

Gambar: Daily Mail

Ada juga yang mengkritik pasar itu dengan menggambarkan bagai “berjalan dalam neraka”.

Seorang pemilik restoran, yang turut menghidangkan kelawar menyatakan bahawa rahsia untuk menghidangkannya adalah cara penyediaannya.

“Jika anda tidak masak daging kelawar ini dengan betul sudah pasti ianya akan merbahayakan,” katanya. “Kami memasaknya secara berterusan dan setakat ini bilangan pelanggan masih tidak menurun”.

Walau bagaimanapun tiada laporan berkenaan kes positif terjadi di negara tersebut.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa