Siakap Keli

Universiti Harvard Pelik Indonesia Masih Belum Ada Kes Jangkitan Covid-19

The Guardian melaporkan wujud kebimbangan bahawa Covid-19 mungkin merebak tanpa dapat dikesan di Indonesia, dimana tiada laporan mengenai jangkitan virus berkenaan di negara dengan populasi melebihi 250 juta orang itu biarpun menjalinkan hubungan rapat dengan China.

Setakat Khamis minggu lepas, Indonesia menyatakan tiada sebarang sebarang laporan mengenai jangkitan virus COVID-19 di negara yang mengamalkan konsep republik itu. Tiada tanda-tanda yag menunjukkan virus itu berlaku.

Lebih daripada 1000 orang dilaporkan meninggal dunia di China akibat virus berkenaan, manakala jumlah jangkitan sudah melepasi angka 30,000 di seluruh dunia. Kebanyakan kes tertumpu hanya di China, walaupun virus itu turut direkodkan dibeberapa negara Asia, serta Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.

Satu kajian yang dibuat oleh ahli akademik dari Universiti Harvard menganalisa bilangan penumpang yang mengambil penerbangan dari Wuhan ke destinasi di seluruh dunia, dan mendapati bahawa jumlah kes yang dikenal pasti di Indonesia dan Kemboja berada di bawah jumlah yang dijangkakan.
Kajian itu, yang diterbitkan dengan cepat untuk meningkatkan kefahaman saintis terhadap wabak itu, belum lagi dikaji semula, tetapi menambah ketakutan bahawa kes tidak dikenal pasti. Ia juga mencadangkan kes-kes yang direkodkan di Thailand, di mana 25 orang.

Penyelidikan oleh Universiti Harvard itu juga menyarankan agar pihak berkuasa Indonesia segera meningkatkan usaha pemantauan bagi mengesan virus berkenaan.

Indonesia merupakan salah satu antara tempat perlancongan yang menjadi tarikan utama bagi pelancong China.

Sumber : The Guardian

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.