Siakap Keli

(Video) Dapat Berita Mak Meninggal, Jururawat Di Wuhan Menangis Teresak Tak Dapat Pulang

Di sebalik penularan Covid-19, barisan hadapan yang paling banyak berkorban pastinya pasukan perubatan yang bertungkus-lumus bekerja demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Tidak kiralah doktor mahupun jururawat, kesemua mereka terutamanya yang bertugas di wilayah yang teruk terjejas, sanggup meninggalkan keluarga dan ada di antaranya terpaksa melalui pengalaman perit seperti kisah yang menyentuh hati ini.

Wu Yaling, seorang jururawat yang bertugas di sebuah hospital di Wuhan, menerima berita sedih apabila ibunya yang berada di kampung telah meninggal dunia.

Dia tidak dapat pulang kerana pasukan perubatan yang merawat pesakit Covid-19 tidak mempunyai pilihan selain terus berada di dalam hospital dan menjalankan tugas mereka.

Difahamkan, ini bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus untuk merebak di kawasan lain dan menjangkiti lebih ramai orang.

Melalui video yang dimuat naik di Youtube, gadis ini kelihatan menangis teresak-esak ketika diberitahu mengenai berita tragis tersebut menerusi panggilan video telefon oleh ahli keluarganya.

Dia kemudiannya menunduk hormat beberapa kali sebagai penghormatan terakhir kepada mendiang ibunya itu sebelum masuk ke dalam bilik dan menjalankan tugasnya semula.

Tidak semua memiliki hati yang cekal seperti gadis ini. Memang kagum dan hormat dengan semangat dan ketabahan yang dimilikinya!

https://www.youtube.com/watch?v=0M9Yr0AtJOY&feature=emb_title

Sumber : China Press

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)