Siakap Keli

(Video) Rakaman Misteri Motosikal Bergerak Sendiri Secara Tiba-Tiba Undang Rasa Seram

Sememangnya tidak dinafikan terdapat pelbagai kejadian pelik di sekeliling manusia. Antaranya ialah yang berunsur mistik sehingga menimbulkan rasa seram terhadap diri seseorang.

Kejadian-kejadian misteri yang sukar untuk diterangkan secara nyata pula juga mungkin pernah terjadi dalam hidup kita biarpun itu hanyalah sekali sahaja seumur hidup. Pengalaman menghadapi kejadian sebegitu sememangnya mahu dielakkan kerana sedikit sebanyak boleh menganggu pemikiran seseorang.

Seperti yang terdapat dalam rakaman video ini pula, satu kejadian aneh yang sukar untuk dijelaskan berjaya dirakam. Apa tidaknya, sebuah motosikal tanpa penunggang bergerak dengan sendirinya sebelum terjatuh.

Klip rakaman berdurasi selama 19 saat itu dipercayai memaparkan insiden sebuah motosikal yang diletakkan di sebuah kawasan bergerak dengan sendiri bagaikan ada orang yang sedang menolaknya. Lebih mengejutkan, motosikal tersebut jatuh dengan secara tiba-tiba selepas bergerak dengan sendirinya.

Rakaman tersebut dengan jelasnya menunjukkan bahawa ketika kejadian, tidak ada seorang pun manusia yang berada berdekatan dengan motor tersebut.

Video tersebut pastinya menimbulkan persoalan yang sukar untuk dijelaskan. Namun, walau apa pun yang berlaku, kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa apa yang terjadi adalah hasil kekuasaan Sang Pencipta.

Sumber: CCTV_IDIOTS

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa