Siakap Keli

8 Pesawat Termasuk Dari Malaysia ‘Dikunci’ Selepas Seorang Penumpang Disyaki Dijangkiti Covid-19

Lapangan Terbang Heathrow telah digemparkan dengan ketakutan wabak koronavirus apabila lapan pesawat telah ‘dikunci’ selepas terdapat penumpang yang disyaki dijangkiti dengan virus tersebut.

Penumpang di dalam pesawat United Airlines Flight 901 dari San Francisco itu dimaklumkan oleh kapten pesawat berkenaan untuk duduk dahulu di kerusi masing-masing selepas mendarat kerana mengesyaki seseorang telah dijangkiti dengan virus Covid-19 itu.

Menurut laporan Daily Mail, penerbangan pesawat British Airways yang berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia dikatakan salah satu pesawat yang disekat di lapangan terbang tersebut.

Pegawai Kesihatan England dan Heathrow setakat ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berkenaan insiden yang berlaku itu.

Walaupun begitu, United Airlines telah mengesahkan bahawa terdapat seseorang yang ‘tidak sihat’ berada dalam pesawat dari San Francisco itu.

UK telah meletakkan negaranya dalam kod merah sejak kes positif virus itu dicatatkan pada Rabu dan secara tidak langsung telah mencetuskan kebimbangan buat penduduk setempat.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa