Bintang ragbi dunia yang beraksi bersama All Black yang mempunyai wajah kacak dan berbadan sasa, Sonny Bill William telah menjadi ayah buat kali keempat dengan kehadiran anak lelaki kedua dalam keluarganya.
Berita gembira ini disampaikan sendiri olehnya selepas kelahiran putera keduanya.
Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah!
“Bayi dan ibunya sihat. Tahap tekanan untuk dapatkan anak keempat ini tidaklah tinggi tetapi kasih untuk dapatkan sama seperti anak-anak yang lain. Saya menghargai isteri tercinta Lana Marie”
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ! Baby & mum are healthy and well. The stress levels aren’t as high 4th time around, but the love we have for this child is the same. @lanamarieewilli I appreciate you my love ❤️ pic.twitter.com/5XJIWggKZw
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) February 14, 2020
Jelas terselah wajah kegembiraan seorang bapa bertemu untuk kali pertama mereka di dunia. Bukan itu sahaja, melalui perkongsian seterusnya, Sonny William memeluk anak itu untuk merasai dari kulit bayi ke kulit ayah.
Getting that skin to skin. ❤️🤲🏽 #myson pic.twitter.com/hfy2bIkuLB
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) February 14, 2020
Bintang olahraga Muslim ini mempunyai dua orang anak perempuan yang bernama Imaan dan Aisha serta seorang anak lelaki yang bernama Zaid.
Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam keluarga bintang Rugby All Star ini. Bagaimanapun beliau masih belum mengumumkan nama anak yang baru lahir tersebut.
Sumber: Sonny William