Siakap Keli

Covid-19: Angka Kematian Bertambah Lagi 116 Orang Di China, Lebih 60,000 Dijangkiti Seluruh Dunia

Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 1483 orang di China selepas mencatatkan angka korban seramai 116 kematian semalam. Sebanyak 4,823 kes baru dilaporkan, bagaimanapun jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding semalam.

Semalam, kawasan China mencatatkan sebanyak 242 kematian dan 14,800 kes baru. Sehingga kini, dianggarkan lebih daripada 64,000 orang sudahpun menjadi mangsa jangkitan virus berkenaan.

Pegawai kesihatan di Hubei berkata mereka kini turut memantau kes-kes untuk dikenalpasti secara ujian klinikal untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya berbanding menunggu ujian makmal terlebih dahulu untuk pengesahan sama ada dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya.

Bagaimanapun, perubahan yang diambil oleh ahli perubatan di Hubei itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan bahawa penyakit berkenaan lebih serius berbanding apa yang dilaporkan oleh pihak berkuasa China.

Terdaulu, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan seorang pelancong dari China menjadi mangsa ke-19 Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu tiba di Malaysia pada 25 Januari lalu dan merupakan anak kepada kes-16 dan kawan kepada kes-14.

Sumber : Business Time Singapore

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.