Siakap Keli

Didakwa Enggan Pakai ‘Face Mask’, Wanita Di China ‘Diheret’ Keluar Pasar Raya

Wabak virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini telah merekodkan lebih daripada 1,000 kematian manakala puluhan ribu kes positif dijangkiti dicatatkan meningkat hari demi hari.

Negara China adalah negara yang paling terkesan selepas majoriti kes dan kematian semuanya berlaku di negara tersebut. Disebabkan itu, penduduk di China kini dipercayai hidup dengan rasa bimbang serta panik akan wabak ini.

Satu video memaparkan tindakan seorang wanita yang terpaksa diheret keluar oleh penguatkuasa sambil menjerit-jerit kerana melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan China semasa musim wabak ini telah tular di media sosial.

Menurut Express, insiden tersebut berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di Wuhan.

Dalam rakaman itu, seorang wanita kelihatan sedang diheret keluar di lantai sebuah pasar raya oleh pengawal keselamatan.

Wanita tersebut kemudiannya telah diiring keluar daripada pasar raya berkenaan oleh sekumpulan penguatkuasa yang sedang menahannya ketika itu.

Insiden kecoh tersebut dipercayai berlaku selepas wanita itu enggan memakai topeng muka.

Kerajaan tempatan telah menguatkuasakan pemakaian topeng muka di tempat-tempat awam. Sesiapa yang gagal mematuhi arahan itu dikira mencabuli peraturan yang telah ditetapkan.

Sumber: Express

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa