Siakap Keli
Gambar : Google

Hong Kong Sahkan Tiga Lagi Kes Baharu Covid-19

Hong Kong mengesahkan tiga lagi kes baharu Novel Koronavirus atau nama rasminya Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 53 orang.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh  kerajaan, mangsa seorang lelaki berusia 43 tahun merupakan saudara kepada kes positif sebelumnya.

Dia mula menunjukkan tanda batuk-batuk pada 29 Januari, dan muntah serta cirit-birit sejak 31 Januari.

Dua kes lain adalah seorang wanita warga emas berusia 67 tahun dan anak lelakinya berusia 37 tahun, yang sebelum itu keluar menikmati makan malam bersama tiga individu yang juga disahkan positif Covid-19.

Wanita itu menunjukkan tanda batuk-batuk pada 31 Januari, sementara anaknya hanya menunjukkan tanda demam seminggu kemudian.

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.