Siakap Keli
Kredit: Khaosod English

Lagi Tembakan Rambang Di Thailand, Lelaki Lepaskan Kira-kira 50 Tembakan Berdekatan Universiti

Bangkok, 14 Feb – Seorang lelaki berusia 44 tahun dilaporkan melepaskan tembakan rambang di tempat awam berhampiran Universiti Chulalongkorn, Thailand pagi tadi.

Ekkachai Charueksilp didakwa melepaskan kira-kira 50 tembakan menyebabkan para pejalan kaki panik dan mencari perlindungan.

Salah seorang saksi berkata suspek turut menyasarkan tembakan ke arah pejalan kaki.

“Pada mulanya dia menembak ke arah langit. Dia melepaskan tiga tembakan. Kemudian dia menghala ke arah saya,” kata salah seorang saksi.

“Saya dapat mendengar bunyi besi berlaga,” tambahnya.

Lantaran itu, pihak berkuasa mengerahkan pasukan komando Arintaraj 26 untuk mengepung lorong yang menjadi lokasi persembunyian suspek.

Mereka berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian.

Suspek dikatakan berselisih faham dengan keluarganya sebelum meninggalkan rumah dengan membawa pistol.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. Kes ini menyusuli tembakan rambang di Korat mengakibatkan 21 kematian.

Dua individu telah ditahan polis pada minggu lalu selepas mengugut untuk melakukan tembakan rambang di pasaraya tempatan.

Sumber: Khaosod English

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.