Siakap Keli

Lelaki Mengaku Bunuh, Kerat Teman Wanita Dan Pam Cebisan Daging Dalam Tandas

Seorang lelaki berusia 46 tahun mengaku telah membunuh teman wanitanya yang berusia 25 tahun di sebuah apartmen di Bandar Gustavo A madero, Mexico.

Menurut laporan Mirror, suspek membunuh mangsa sebelum mengerat mayat mangsa dan mengepam sebahagian cebisannya dalam tandas. Kejadian ini berlaku selepas satu pertelingkahan antara pasangan tersebut.

Berdasarkan laporan media, jiran-jiran sekeliling yang menghubungi setiausaha keselamatan penduduk selepas terlihat suspek keluar daripada banguna tersebut dengan berlumuran darah.

Rakaman sempat menunjukkan keadaan suspek dalam sebuah kenderaan dengan kepala dibaluti dan dipenuhi darah pada dadanya. Ada yang melaporkan bahawa suspek merupakan seorang yang tegar minum minuman keras dan sering bergaduh dengan teman wanitanya.

Dalam rakaman itu juga menunjukkan, mereka sedang bergaduh dan kemudian wanita tersebut mengugut untuk membunuh suspek dan kemudiannya suspek bertindak lebih kejam.

Suspek tersebut berkata dia menggunakan pisa yang sama semasa wanita tersebut menyerangnya dan kemudian menikampada bahagian leher mangsa. Kemudian susoek membuang cebisan daging mayat mangsa kerana suspek berasa malu.

Pihak polis menemui ‘pisau dapur’ yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Polis melaporkan, pihak mereka menjumpai satu beg plastik hitam yang mengadungi cebisan mayat mangsa selang beberapa blok di bangunan tersebut. Namun begitu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes berkenaan.

Sumber: Mirror.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)