Siakap Keli
Gambar: Daily Mail/Google

Media Antarabangsa Lapor China Mengaku Tak Tahu Jumlah Sebenar Kes Jangkitan Covid-19, Mungkin Lebih Tinggi

China mengaku tidak mengetahui angka sebenar kes jangkitan koronavirus, Covid-19 di Wuhan, lapor Daily Mail.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat China, Chen Yixin mengaku negara berkenaan belum mengetahui angka sebenar kes positif koronavirus di negara itu.

Bilangan orang yang dijangkiti di Wuhan belum sepenuhnya digambarkan dan skala penyebaran tidak dianggarkan dengan tepat,” katanya.

Beliau juga mendakwa angka jangkitan yang sebenar mungkin lebih tinggi dari kes yang dilaporkan.

Hal ini berikutan pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh petugas kesihatan mendapati lebih ramai pesakit berjaya dikesan.

Chen Yixin dalam persidangan baru-baru ini. (Kredit: mp.weixin)

Semalam, sebanyak lebih 14,000 kes baru telah dikesan dalam tempoh satu hari sahaja.

Chen mengaku kerajaan menemui jalan buntu dalam mencegah dan mengawal epidemik tersebut.

“Pencegahan dan kawalan epidemik kini dalam keadaan buntu, dan keadaan di Hubei dan Wuhan masih sangat serius.”

Petugas telah memeriksa kira-kira 10 juta penduduk dari 4.21 juta kediaman melibatkan lebih 3,000 komuniti dan perkampungan, kata Setiausaha Parti Komunis Wuhan, Ma Guoqiang dalam persidangan 10 Februari lalu.

Dalam operasi itu, seramai 1,499 individu telah dikesan dijangkiti koronavirus dan diuruskan untuk menerima rawatan di hospital, tambahnya.

Kata Ma, kerajaan juga berusaha untuk mengenalpasti dan mengasingkan pesakit koronavirus bermula 11 Februari.

Jumlah kematian akibat koronavirus mencapai lebih 1300 hari ini manakala 116 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Sumber: Daily Mail, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.