Siakap Keli

Pelajar Dibawa Ke Hospital Kerana Disyaki Hidap Penyakit Berjangkit, Bukan Ditahan Polis – JKJN

JOHOR BAHRU, 13 Feb — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan bahawa seorang pelajar positif COVID-19 telah ditahan polis di sebuah sekolah dekat Kulai hari ini, sebaliknya menjelaskan pelajar itu dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut melibatkan kes penyakit berjangkit.

Pengarah JKNJ, Dr Aman Rabu berkata tindakan itu diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh sebuah hospital kerajaan.

“Laporan polis tersebut dibuat rentetan seorang kanak-kanak yang disyaki menghidap penyakit berjangkit dibawa pulang oleh keluarganya walaupun perlu dimasukkan ke wad untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam ini.

Beliau berkata tindakan menyusul pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit oleh polis adalah mengikut prosedur bagi memastikan pihak terbabit mematuhi arahan pihak hospital.

Memandangkan pesakit merupakan kes yang disyaki menghidap penyakit berjangkit, pihak polis telah meminta bantuan ambulans untuk tujuan dimasukkan ke wad, katanya.

“Orang awam perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan jika seseorang melanggar arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” kata Dr Aman yang berharap masyarakat tidak menularkan berita tidak tepat yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

— BERNAMA

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: