Siakap Keli

Rambut Gugur Teruk Lepas Ambil Suntikan IVF, Wanita Ini Ambil Masa Hanya Sebulan Untuk Dapatkan Semula Rambut Lebatnya

Bagi kaum wanita, rambut bagaikan mahkota yang sangat penting untuk dijaga dengan rapi. Kalau kita lihat di pasaran sahaja, pelbagai jenis produk penjagaan rambut untuk wanita dan ini membuktikan rambut aset utama untuk dijaga.

Ada sebuah kisah yang dikongsikan oleh Puan Nura Jamil yang berasal dari Singapura dan bertugas sebagai Pengurus di sebuah restoran yang dulunya mengalami masalah rambut tetapi berjaya menyelesaikan masalah itu tanpa putus asa.

Masalah keguguran yang dialami Puan Nura Jamil bermula apabila dia mengambil suntikan hormon (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan cahaya mata. Kekerapan dos yang diambil oleh Puan Nura sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.

Tujuan Puan Nura mengambil suntikan tersebut kerana doktor mengesahkan rahimnya lemah atau tidak kuat. Selepas berbincang dan mendapat persetujuan si suami barulah Puan Nura mengambil suntikan hormon tersebut. Doktor juga memaklumkan kesan-kesan sampingan selepas mengambil suntikan itu termasuk masalah rambut gugur.

Sepanjang rawatan itu ternyata Puan Nura mengalami masalah rambut gugur yang teruk selama dua tahun sejak dari 2018 hingga 2019.  Dia mendapati rambutnya semakin menipis dan bukan itu sahaja, beliau juga mengalami masalah berat badan dan gangguan emosi serta depresi.

Menurut Puan Nura yang berkongsi masalah itu di Facebooknya, dia sampai merasa takut nak basuh atau sikat rambutnya kerana setiap kali dia basuh dan sikat rambutnya, makin banyak rambutnya yang gugur.

Keadaan rambut Puan Nura selepas mengambil suntikan IVF

Sehingga satu hari, dia ‘dipertemukan’ dengan satu produk rawatan rambut iaitu #Faithfleur. Selepas sebulan menggunakan serum dan tonik rambut dari Faith Fleur, Puan Nura bagaikan tak percaya rambutnya yang dulu nipis sudah mula melebat semula.

Keadaan rambut Puan Nura selepas sebulan menggunakan produk Faith Fleur

Keyakinan dia juga terus meningkat semula selepas mahkota yang hilang selama ini sudah kembali pulih. Kerana kesan yang sangat mengejutkan, Puan Nura kini menjadi Associate Executive Partner (AEP) untuk pasaran di Singapura. Puan Nura juga berhenti kerja sebagai pengurus restoran kerana tidak mahu lagi menghadapi tekanan dan menyebabkan rambutnya gugur lagi.

Antara produk rambut Faith Fleur yang digunakan oleh Puan Nora setiap hari

Beliau masih mengambil suntikan IVF namun masalah rambut gugur sudah tidak menghantui dirinya lagi. Dia kini tenang menjadi suri rumah dan merangkap Associate Executive Partner (AEP) di Singapura. Kini dia lebih yakin dan tidak lagi diganggu dengan masalah rambut gugur.

Puan Nura juga selalu memberitahu kepada kawan-kawannya yang ada masalah rambut gugur wajib cuba produk tempatan ni. Ada segelintir daripada kita mendakwa bahawa produk tempatan ni kualitinya tidak sama dengan produk-produk luar yang lain, tetapi bagi Puan Nura, ternyata beliau sangat berpuas hati dan kesannya telah terbukti.

Gambar terkini Puan Nura Jamil

Berminat untuk mencuba produk ini dan merasa sendiri kesan luar biasa daripada #Faithfleur, layari laman web https://www.faithfleur.my/ dan jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk klik link https://Shampofaithfleur.wasap.my untuk WhatsApp.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.