Siakap Keli

(Video) Didakwa ‘Stress’ Lepas Bertengkar, Wanita Di China ’Kantoi’ Sengaja Ludah Pada Butang Lif

Wabak global Covid-19 semakin membimbangkan ekoran angka kematian telah meningkat melebihi 1000 orang. Jangkitan penyakit ini dikatakan boleh tersebar melalui pelbagai cara dan salah satunya ialah bakteria daripada air liur seseorang.

Perbuatan seorang wanita yang meludah di butang dalam sebuah lif di China terbongkar apabila tindak-tanduknya berjaya dirakamkan oleh kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

Rakaman CCTV itu memaparkan perbuatan wanita yang berumur 48 tahun itu dengan sengaja meludah ke arah butang di sebuah lif kawasan perumahan yang terletak di Chongqing, China pada Sabtu lalu. Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar dia melakukan perkara tersebut.

Namun, menurut portal Daily Mail, wanita tersebut didakwa cuba melepaskan rasa kecewanya dalam lif itu selepas bertengkar dengan orang lain.

Rakaman tersebut bermula dengan perbuatan wanita itu membersihkan tangannya dengan sanitary tissue yang disediakan oleh penduduk di situ bagi mengekang virus Covid-19 yang kian menular.

Wanita itu kemudiannya mula melihat sekeliling mungkin bagi memastikan dirinya tidak dirakam CCTV sebelum meludah ke arah butang lif tersebut sebanyak beberapa kali.

Penduduk lain dilihat memasuki lif itu selepas wanita tersebut melakukan perbuatan berkenaan.

Video tersebut dilaporkan telah menjadi tular dan telah mencetuskan perbualan hangat di platform media sosial China, Weibo.

Pihak polis kemudiannya telah dilaporkan menahan wanita terbabit sejurus selepas video itu tersebar.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa