Siakap Keli

(Video) Dipercayai Leka Bermain ‘Phone’, Lelaki Dirempuh Lori Hingga ‘Terpelanting’

Kemalangan adalah sesuatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil. Pun begitu, pelbagai langkah berjaga-jaga dan berhati-hati boleh diambil oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

Sememangnya umum mengetahui bahawa penggunaan telefon bimbit sangat tidak digalakkan ketika berada di atas jalan raya. Perkara ini kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu punca terjadinya kemalangan.

Satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini memaparkan satu insiden kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan seorang pejalan kaki.

Seperti yang dapat dilihat melalui video tersebut, sebuah lori yang datang dari arah berlainan sedang bergerak masuk ke satu persimpangan lampu isyarat.

Mungkin tidak menyedari dengan lebih awal bahawa terdapat individu yang sedang melintas jalan, lori tersebut telah merempuh lelaki berkenaan. Melalui pemerhatian, lelaki itu dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit ketika sedang melintas jalan.

Disebabkan itu, dia tidak menyedari bahawa terdapat sebuah lori yang sedang menghala ke arahnya.

Walaupun dia seakan telah menyedari bahawa kenderaan berat tersebut sedang menghampirinya, namun semuanya sudah terlambat untuknya mengelak daripada dirempuh.

Selepas daripada rempuhan tersebut, kenderaan berat berkenaan dilihat terus dihentikan di hadapan mangsa yang terpelanting beberapa meter.

Sumber: Facebook

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa