Siakap Keli

(Video) Pakar Dakwa ‘Plasma Darah’ Daripada Pesakit Yang Pulih Dapat Melawan Virus Covid-19

Syarikat pembekal perubatan di China mendakwa bahawa plasma yang terdapat pada darah orang yang berjaya pulih dari virus Covid-19 boleh merawat pesakit koronavirus yang sedang kritikal.

China National Biotec Group Co. telah menggunakan plasma yang mengandungi antibodi ini untuk merawat 10 pesakit yang sedang kritikal sejak 8 Februari lalu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun WeChat rasminya.

Menurut kenyataan tersebut, keadaan pesakit yang dirawat itu bertambah baik dalam tempoh 24 jam, dengan tahap keradangan yang semakin berkurangan serta kadar oksigen di dalam darah dilaporkan semakin baik.

Gambar hiasan via Google

“Pesakit yang telah pulih daripada dijangkiti dengan koronavirus akan menghasilkan antibodi yang mampu membunuh dan melawan virus itu,”tulis kenyataan itu.

“Tanpa adanya apa-apa vaksin serta ubat yang dikhususkan, plasma ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk merawat jangkitan serta dapat mengurangkan jumlah kematian.”

China National Biotech menyeru orang ramai yang berjaya pulih daripada wabak itu untuk mendermakan plasma mereka bagi melawan virus ini.

Suruhanjaya Kesihatan China juga turut senaraikan plasma sebagai salah satu kaedah rawatan untuk merawat pesakit yang sedang kritikal dalam garis panduan rawatan terbaru di negara itu.

Menerusi perkongsian video di Twitter CGTN, seorang pesakit yang telah pulih dikatakan adalah individu pertama yang menderma plasma darah. Terdahulu, pakar mengatakan bahawa antibodi yang dikenal pasti dalam sebahagian pesakit Covid-19 dapat membantu melawan virus yang sedang melanda dunia sekarang.

Sumber: Bloomberg

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa