Siakap Keli

(Video) Rakaman Anggota Polis Di China Bawa Senjata Api Ketika Rondaan Undang Rasa Cemas Netizen

Kita sememangnya sudah mengetahui bahawa negara China adalah negara yang mencatatkan kematian paling banyak akibat daripada virus Covid-19.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan rasa panik dan cemas orang awam yang takut akan apa terjadi di negara itu. Malah, pelbagai andaian dan spekulasi yang timbul tanpa sebarang usul periksa terutamanya di media sosial.

Sekiranya dilihat, segelintir pengguna media sosial sering menyebarkan informasi yang salah berkaitan wabak ini sehingga mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan komuniti manusia. Tular di media sosial, satu rakaman memaparkan keadaan di mana tiga anggota polis yang dikaitkan dengan wabak semasa ini.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu telah mendapat perhatian ramai selepas memaparkan 3 orang anggota polis yang sedang bersiap lengkap dengan senjata api berkemungkinan untuk melakukan rondaan.

Pun begitu, timbul rasa bimbang dalam kalangan netizen yang mendakwa pistol tersebut digunakan oleh pihak polis bagi mengawal wabak koronavirus yang kini dikenali sebagai Covid-19.

Video kedua pula memaparkan tiga orang pegawai polis menjalankan rondaan di sebuah kawasan perumahan dengan membawa senjata api.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Segelintir pengguna media sosial yang melihat video itu mendakwa bahawa polis tersebut bagaikan sedang memburu orang yang disyaki dijangkiti dengan virus itu.

Walaupun begitu, pegawai polis yang dilihat di dalam video tersebut telah menafikan berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen di media sosial. Tambahnya, dakwaan segelintir netizen yang menyangka polis menembak orang yang dijangkiti Covid-19 adalah palsu.

Menurut portal CGTN, polis tersebut menyatakan bahawa video berkenaan telah disalah anggap kerana sebenarnya mereka sedang memburu anjing yang menunjukkan simptom penyakit anjing gila.

Polis di Yiwu, Zhejiang menyatakan video tular yang mendakwa mereka ‘menembak’ orang yang dijangkiti #coronavirus yang enggan ‘dipindahkan’ adalah palsu.

Polis berkenaan berkata, rakaman tersebut telah dimanipulasikan dengan memisahkan ‘babak’ sedangkan pegawai polis sedang menguruskan penyakit anjing gila.

Sumber: CGTN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa