Siakap Keli

(Video) Remaja Luang Masa 2 Jam, Tulis Perkataan Abam Beribu Kali Sehingga Terhasil Potret Arwah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang telah meninggal dunia pada 10 Februari merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Terbaru, seorang remaja lelaki yang bernama Abdul Azim melakar potret abam hanya menggunakan pensel mekanikal.

Video remaja lelaki yang melakar potret Abam itu mendapat perhatian warganet.

Pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini amat terkejut dengan berita pemergian Abam.

Menurut Azim yang dihubungi Siakap Keli, dia memaklumkan potret berkenaan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk disiapkan.

Azim juga memaklumkan hajatnya yang mahu memberikan potret tersebut kepada Achey atau Fad sebagai tanda kenangan terhadap Arwah Abam.

Allahyarham Abam tekah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 pada pagi hari Isnin di rumahnya di Gombak selepas mengalami demam panas dua hari sebelum itu.

Arwah meninggalkan seorang isteri Norhidayah dan seorang anak lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang berusia lima bulan.

Sumber : Abdul Azim

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul