Siakap Keli
Gambar: Instagram

Gimik Persembahan Cetus Kontroversi, Drama Band Keluarkan Kenyataan Media Mohon Maaf

Kumpulan Drama Band memohon maaf atas kontroversi disebabkan persembahan mereka ketika Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) minggu lalu.

Band itu memuatnaik kenyataan permohonan maaf ditujukan buat Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak.

Dalam kenyataan itu, mereka mendakwa tidak menjangka akan timbul isu dari persembahan mereka.

“AJL34 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 9 Februari. Terima kasih diucapkan kepada pihak TV3 amnya dan produksi AJL34 khasnya kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada Drama Band sebagai salah seorang finalis yang bertanding dalam AJL34.

“Sehubungan dengan itu, ruang persembahan yang diberikan oleh pihak produksi amat dihargai. Namun, pelbagai isu yang timbul terutamanya di media sosial amatlah tidak dijangka.

Justeru itu, dengan rasa rendah hati, kami memohon maaf di atas gimik persembahan yang telah dipersembahkan,” tulis kumpulan berkenaan.

“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan sesiapa cuma sekadar menyampaikan karya seni melalui cabang muzik kepada masyarakat,” tambah kenyataan itu.

Mereka juga mengaku kesal atas perbuatan mereka membuat persembahan yang menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Dalam persembahan minggu lalu, kumpulan itu telah muncul dengan watak mewakili individu tertentu yang kemudiannya dikaitkanoleh netizen  dengan bekas pemimpin negara sebelum ini.

Mereka memetik ayat satu pebualan telefon yang pernah didedahkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

“Can I advise you with something?” kata salah seorang dari mereka sambil berjalan di atas pentas.

Insiden berkenaan turut mendapat respon daripada bekas pemimpin negara yang dikaitkan dengan salah satu gimik persembahan mereka.

Sumber: Drama Band

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.