Siakap Keli

Kucing Ditemui Mati Kena Renjatan Eletrik, Tergigit Kabel Bersepah Atas Lantai

‘Si bulus’ sememangnya suka bermain. Tak kira wayar, langsir ataupun bola, habis semua menjadi mainannya.

Namun dalam semua ‘barang permainan’ kucing kesayangan anda, ada yang boleh mendatangkan bahaya hatta meragut nyawa.

Dalam perkongsian Kelab Haiwan Kesayangan, seekor kucing mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa bermain dengan wayar.

Kelihatan wayar berselirat diantara kakinya yang kaku disertai tompokan darah pada lantai. Malah, mulut si comel itu masih lagi menggigit wayar berkenaan.

Kredit: Kelab Haiwan Kesayangan
Kredit: Kelab Haiwan Kesayangan
Kredit: Kelab Haiwan Kesayangan
Kredit: Kelab Haiwan Kesayangan

Wayar yang terdedah bukan sahaja berbahaya buat haiwan, malah membahayakan keselamatan bayi.

Lantaran itu, salah seorang netizen menyarankan penggunaan penebat wayar atau wire sleeve untuk melindungi anak-anak dan haiwan peliharaan.

Penebat wayar atau ‘wire sleeve’. (Kredit: Stacy Senu Tegul)

Sumber: Kelab Haiwan Kesayangan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.