Siakap Keli

Pertaruh Nyawa Sendiri, Polis Terkorban Sempat Selamatkan 27 Pelajar, 9 Orang Awam

Polis Marin Malaysia adalah salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Pasukan yang berkhidmat di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini berperanan menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman yang tidak diingini.

Terbaru, menerusi posting di laman sosial oleh Pasukan Polis Marin, mayat Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Sandakan, di sini, sudahditemui oleh pasukan keselamatan, pada jam 6.22 petang semalam.

Mangsa Koperal Asman Ongkal yang bertugas di Batalion 15 Sandakan, ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian bot karam berkenaan.

Asman adalah antara penumpang bot yang membawa 37 penumpang dari Kampung Tanjung Aru (Pulau Seberang Bandar Sandakan) menuju ke Jeti Pasar Umum Sandakan yang karam 6.20 pagi tadi.

Difahamkan, bot dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah bot yang sedang ditunda.

Tindakkan berani beliau yang berusia 40 tahun itu sempat menyelamatkan 27 orang pelajar dan 9 orang awam sehingga mengorbankan nyawanya sendiri adalah sesuatu yang luar biasa dan sememangnya layak digelar Perwira Negara.

Innalillahiwainnahilaihirojiun….

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah ampuni dan rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ….

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Aamiin Ya Rabbal Alamin..

BACA: Ibarat Nak Pilih Pasangan Hidup, 7 ‘Checklist’ Ni Boleh Bantu Anda Dapatkan ‘Partner’ Yang Ideal

Sumber : Pasukan Polis Marin

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.