Siakap Keli
Kredit: Google

Saintis Singapura Dakwa Tutup ”Aircond”, Buka Tingkap Boleh Rendahkan Risiko Jangkitan Covid-19

Selain membasuh tangan dan menyahjangkit persekitaran, pakar menasihatkan orang ramai agar mematikan pendingin hawa serta beralih kepada penggunaan kipas.

Hal ini bagi menggalakkan peredaran udara segar dan mengurangkan risiko jangkitan koronavirus khususnya Covid-19 yang sedang aktif merebak kini.

Kajian awal mendapati virus berkenaan lebih mudah bertahan dalam cuaca dingin dan kering, lapor portal Straits Times.

Menurut Ketua Saintis Kementerian Kesihatan Singapura, Profesor Tan Chorh Chuan, kemungkinan untuk virus berkenaan bertahan dalam persekitaran luar adalah rendah.

“Kebanyakan kajian mendapati virus tidak bertahan dengan baik dalam persekitaran panas dan lembab.

“(Persekitaran) panas dan lembab bermakna (suhu) di atas 30 darjah celsius dengan kelembapan lebih 80 peratus,” tambahnya.

Prof. Tan merupakan salah seorang daripada lapan pakar penyakit berjangkit di Singapura yang menghadiri persidangan khas membincangkan cara pencegahan Covid-19.

Menurutnya, Covid-19 termasuk dalam kelompok yang sama dengan virus yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menyerang pada 2003.

Kenyataan tersebut disokong Profesor Madya Hsu Li Yang, Ketua Program Penyakit Berjangkit di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Saw Swee Hock School.

“Tempat tertutup yang kurang lembab dan lebih sejuk boleh membantu penyebaran penyakit pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan menyarankan individu yang disyaki positif koronavirus untuk ditempatkan di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Pengarah program penyakit berjangkit Kampus Perubatan NUS, Profesor Wang Linfa pula berkata sinar ultra ungu (UV) dan haba dari matahari boleh membunuh virus.

“Jika anda berada di bawah matahari sekejap, ia baik untuk anda.

Tambahnya, “Vitamin D boleh membantu meningkatkan sistem imun.”

Sumber: Straits Times

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.