Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: Dua Lagi Kes Baru Positif Covid-19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

Kuala Lumpur, 15 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif Covid-19 di negara ini.

Pertambahan dua kes melibatkan warga asing ini menjadikan 21 kes setakat ini di Malaysia.

Kes ke-20 melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun dari China yang memasuki negara melalui Bukit Kayu Hitam.

Pesakit kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah.

Sementara itu, kes ke-21 pula melibatkan seorang wanita 32 tahun warga China yang menetap di negara ini.

Wanita itu dilaporkan pulang ke China untuk menziarahi keluarganya pada 22 Jan lalu dan kembali ke Malaysia pada 3o Jan baru-baru ini.

Kenyataan penuh KKM bakal menyusul.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.