Siakap Keli

(Video) Bahaya, ”Tripping Jump Challenge” Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

Tripping Jump Challenge kini menjadi viral dalam kalangan remaja di seluruh dunia melalui di pelbagai platform media sosia, namun pakar bimbang trend terbaru tersebut boleh memudaratkan diri pelakunya.

Selain boleh mendatangkan kecederaan fizikal, ia juga dibimbangi boleh memberikan kecederaan kepala sekiranya kepala terhentak teruk di lantai ketika jatuh.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, cabaran berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya kelihatan tiga orang pelaku yang berdiri sederet.

Individu yang berdiri di tengah melompat tinggi sementara dua orang lagi yang berada di sebelahnya akan menyepak kaki rakan mereka yang sedang melompat itu.

Sepakan dua rakan itu pada bahagian belakang buku lali individu di tengah akan menyebabkan dia terjatuh lantas kepala terhentak di lantai.

Ibu bapa digesa memantau dan menghalang anak-anak mereka dari melakukan challenge yang boleh membawa maut ini.

Sumber: Miami News, The Sun

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.