Siakap Keli
Kredit: CMM Expose -Clean Malaysia Movement

(Video) Kecoh, Anggota Imigresen Dipercayai Diprovok Ketika Jalankan Operasi

Kuala Lumpur, 15 Feb – Tugas pasukan penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terpaksa dihentikan selepas didakwa diprovok sekumpulan lelaki dalam satu operasi di Batu Caves semalam.

Menurut Air Times, operasi berkenaan dijalankan di sebuah tapak perniagaan haram yang diurus peniaga dari India dan Pakistan.

Penyerang dikatakan bertindak memprovok dan memaki hamun anggota JIM yang sedang menjalankan tugas, lapor portal berkenaan.

Dalam video yang dimuatnaik di media sosial, suasana kelihatan tegang antara seorang lelaki dengan kumpulan petugas imigresen.

Menurut Airtimes lagi, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) JIM dikatakan terpaksa dikerah untuk membawa keluar anggota penguatkuasa dari lokasi berkenaan.

Bimbang dengan segala kemungkinan buruk dan keselamatan nyawa, anggota penguatkuasa berundur dari kawasan operasi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Sumber: Air Times, CMM Expose -Clean Malaysia Movement

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.