Siakap Keli
Kredit: Twitter

(Video) Kumpulan Lelaki Ceroboh Kolej Wanita, Didakwa Cabul Pelajar Ketika Festival

Para pelajar di sebuah kolej wanita di Delhi menghadapi detik cemas apabila sekumpulan lelaki didakwa mabuk menceroboh kolej mereka, lapor India Today.

Kumpulan itu dilaporkan melakukan gangguan seksual dan pencabulan ke atas para pelajar ketika sambutan sebuah festival kolej berkenaan.

Menurut portal berkenaan, ada antara pelajar yang dicabul dan dikurung di dalam tandas.

Kumpulan itu dipercayai merupakan antara peserta demonstrasi menyokong Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) di lokasi berhampiran.

Rakaman pencerobohan telah ditularkan di media sosial.

Dalam pada itu, pihak kolej turut didakwa tidak melakukan tindakan sepatutnya ketika pencerobohan berlaku.

Ada saksi yang mendakwa melihat kumpulan lelaki pertengahan usia menaiki trak memasuki kampus berkenaan.

Menurut temubual Newsd.id bersama seorang pelajar, pihak pengurusan kolej didakwa bersikap lepas tangan terhadap isu berkenaan.

“Kami bertemu pengetua dan memberitahu ada orang yang mencabul kami di dalam kampus, jadi tolong lakukan sesuatu,” katanya.

Namun pihak pengurusan didakwa hanya memberitahu mereka agar tidak menyertai festival jika berasa tidak selamat.

Salah seorang pelajar mengaku dicabul sekumpulan lelaki ketika kekecohan berkenaan.

Saya dicabul sebanyak tiga kali oleh sekumpulan lelaki dan apabila saya menjerit, mereka mentertawakan saya,” kata salah seorang mangsa.

Ada antara pelajar lain yang dikurung di dalam tandas dan dikepung.

Salah seorang pelajar berkata kekecohan bermula apabila sekumpulan lelaki memasuki kolej berkenaan sekitar 4.30 petang dan berlanjutan sehingga 9 malam.

Susulan itu, para pelajar telah berkumpul dan melakukan protes susulan tindakan pihak pengurusan yang dianggap berkompromi dalam soal keselamatan pelajar.

Sumber: India Today, Newsd.id

Amira

Love yourself.