Siakap Keli
Kredit: CGTN

(Video) Nurse Terlalu Sibuk Rawat Covid-19 Bersanding Guna ”Hazmat Suit” Ganti Baju Pengantin

Krisis penularan wabak Covid-19 tidak menghalang cinta dua individu yang terpisah dengan jarak dan tanggungjawab mereka.

Sibuk dengan tugasan di hospital sehingga tidak sempat pulang, rakan-rakan kepada Tang Xing Xing telah membuat kejutan ‘majlis perkahwinan’ untuk menggembirakan hati wanita itu.

Mereka menyediakan ‘busana pengantin hazmat’ yang diperbuat daripada plastik dan ‘sejambak’ sarung tangan getah buatnya.

‘Majlis’ itu disempurnakan dengan panggilan video kepada teman lelaki Tang.

“Saya akan pulang segera dan kahwini awak,” ucap jururawat berkenaan kepada kekasihnya.

“Jika awak malaikat yang menyelamatkan manusia, biarlah saya menjadi sayap untuk menyokong dan bersama awak sentiasa,” balas pengantin lelaki yang diwakili salah seorang rakan wanita itu.

Detik itu disaksikan ribuan warga maya yang tersentuh hati melihat mereka.

Sumber: CGTN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.