Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Gara-Gara Tabiat Suka Gigit Kuku, Jari Gadis Ini Bernanah & Nyaris Kena Potong

Tabiat menggigit jari bukanlah perkara yang janggal. Namun, ia boleh mendatangkan kesan terhadap pelaku dari segi kebersihan dan kesihatan.

Seorang remaja berusia 18 tahun dari Texas nyaris dipotong jari apabila kukunya dijangkiti bakteria akibat tabiat itu, lapor Daily Mail.

“Kepada kawan-kawan yang suka menggigit jari, hentikan apa yang kalian buat. Jari saya nyaris dipotong kerana saya menggigit jari,” ujar Lauren Nichols kepada rakan-rakan media sosialnya.

Pada 8 Januari lalu, Lauren menyedari terdapat tompokan hijau pada kutikel kukunya.

Remaja itu menyangka ia hanyalah lebam biasa pada mulanya, namun dia kemudiannya menyedari ‘lebam’ itu sebenarnya jangkitan kulit (paronychia).

Kredit: Daily Mail

Keesokannya, dia bertemu doktor dan diberi ubat antibiotik. Namun, Lauren mendakwa ‘antibiotik berkenaan tidak berfungsi’ kerana bahagian jarinya menjadi semakin bengkak dan tompokan hijau menjadi semakin besar.

“Pada 11 Januari, ia menjadi semakin teruk,” katanya sambil berkongsi beberapa keping gambar.

“Seperti yang kalian boleh lihat, ia menjadi semakin bengkak dan merah.”

Yakin antibiotiknya tidak berfungsi, Lauren akhirnya mengambil keputusan untuk mencucuk nanah tersebut selepas menonton video Youtube.

“Tapi saya berjumpa semula doktor dan terpaksa menjalani pembedahan,” tambahnya mendakwa hujung jarinya nyaris dipotong akibat sering menggigit kuku.

Perkongsian Lauren mendapat lebih 2.3 juta tanda suka dan 22 ribu komen sejak dimuatnaik.

Sebelum ini, seorang wanita turut menghadapi nasib hampir serupa apabila jarinya dijangkiti kuman akibat tabiat tersebut.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.