Siakap Keli

“Saya Benci Sangat Bila Orang Kata…”, Wanita Kesal Netizen Tak Sensitif Dengan Autisme

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai kanak-kanak autisme tidak dapat dikenal pasti masalah perkembangan kompleks ini sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya empat tahun atau lebih menyebabkan tanda autisme sukar dikesan di peringkat awal.

Mengesan autisme seawal mungkin adalah penting kerana kajian menunjukkan intervensi dilakukan terhadap kanak-kanak autisme selepas pemeriksaan awal menghasilkan keputusan lebih baik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial berbanding mereka yang dikesan lewat.

Malah, menyediakan terapi dan pendidikan untuk kanak-kanak autisme pada usia masih muda iaitu dalam tempoh perkembangan otak kanak-kanak paling mudah menyerap ilmu juga diharap dapat mengubah perjalanan autisme.

Baru-baru ini, menerusi sebuah posting di twitter, Aishah Amin meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak faham tentang situasi orang yang mengalami atau menjaga warga autism.

Menurutnya, dia adalah seorang ibu bagi kanak-kanak yang mengalami autism. Individu tersebut tidak sepatutya mengeluarkan kenyataan tersebut di laman sosial.

“Hancur hati saya melihat komen dibawah, sebagai seorang ibu bapa kepada kanak-kanak autism. Mereka sendiri tahu mereka bagaimana. Tapi awak tidak ,” ujarnya

Tanda awal autisme membolehkan doktor tahu apa yang perlu dicari dan seterusnya penghidap autisme mendapat bantuan diperlukan secepat mungkin. Namun, mengesan ciri-ciri autisme boleh jadi sukar berikutan kebanyakan kanak-kanak bukan autisme kadangkala menunjukkan tingkah laku yang sama.

Tanda-tanda awal autisme pada setiap penghidapnya juga berbeza. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir, manakala yang lain menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan.

Menurutnya, pelan pendidikan untuk kanak-kanak autisme biasanya menekankan pelbagai kemahiran pembangunan, akademik, komunikasi dan bahasa, kemahiran sosial, kemahiran berdikari, isu tingkah laku dan kemahiran lain yang berkaitan.

Posting berkenaan mendapat kecaman daripada pihak warganet. Mungkin setiap orang lain pendekatan berkenaan kanak-kanak autism. Janganlah kita terus menghukum dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas sebaiknya memuat naik kata-kata positif adalah lebih baik.

Twitter : Aishah Amin

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul