Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Saintis AS Dedah Imej Terbaru Virus Covid-19, Guna Mikroskop Canggih

Sejenis koronavirus, Covid-19 dilaporkan telah membunuh lebih 1500 orang di seluruh dunia dengan majoriti daripada jumlah tersebut melibatkan warga China.

Baru-baru ini, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) Rocky Mountains Laboratories (RML) telah berkongsi imej-imej terkini virus berkenaan yang dilihat di bawah mikroskop elektron.

Melalui pancaran elektron, mikroskop ini mampu membesarkan butiran terperinci sehingga 500,000 kali ganda serta mempunyai resolusi serendah 0.1 nanometer.

Berikut merupakan gambaran virus yang diambil daripada seorang pesakit Covid-19 di Amerika Syarikat.

Kredit: NIAID-RML

Gambaran dalam warna palsu ini menunjukkan zarah virus berwarna kuning yang muncul dari permukaan sel berwarna biru dan merah jambu.

Kredit: NIAID-RML

Gambar kedua ini pula diambil dengan transmisi mikroskop elektron yang menunjukkan pacakan pada permukaan virus.

Pacakan seperti mahkota inilah yang memberi nama kepada virus berkenaan sebagai koronavirus (corona bermaksud mahkota dalam bahasa Latin).

Koronavirus ini tergolong dari jenis yang sama dengan virus yang menyebabkan penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan MERS-CoV berikutan strukturnya yang serupa.

Anda juga boleh lihat gambar yang lain di sini.

Sumber: Science Alert

Amira

Love yourself.