Siakap Keli

(Video) TERKINI: Kedutaan AS Di Iraq Dipercayai Diserang Roket, Bunyi Letupan Dilaporkan

Beberapa kejadian letupan dilaporkan berlaku di kedutaan AS di ibu negara Iraq awal pagi tadi, dipercayai akibat serangan roket, menurut laporan sumber tentera AS seperti dilaporkan India Today.

Bagaimanapun kenyataan yang sama tidak menyebut mengenai jumlah kerosakan ataupun sebarang kecederaan atau korban nyawa.

AS menyalahkan militan yang disokong Iran dalam siri serangan roket sebelum ini yang menyasarkan pangkalan tenteranya dan juga bangunan-bangunan kedutaan AS.

Pada 13 Februari, Iran telah memberi amaran kepada AS bahawa ia akan menyerang AS dan Israel jika mereka membuat ‘kesilapan’

Jika anda membuat kesilapan kecil, kami akan memukul kedua-dua anda,” kata Major General Hossein Salami pada majlis menandakan hari ke-40 sejak kematian Ketua Iran, Qassem Soleimani.

Soleimani, yang merupakan Ketua Pasukan Quds,  yang bertanggungjawab untuk operasi di luar Iran, terbunuh dalam serangan drone AS di Baghdad pada 3 Januari bersama dengan Komander Militia Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis.

Ketegangan antara AS dan Iran meningkat selepas AS membunuh Qasem Soleimani.

Sumber : India Today

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.