Siakap Keli

44 Warga Amerika Dari Kapal Diamond Princess Disahkan Positif Covid-19

Seramai 44 warga Amerika Syarikat yang menaiki kapal persiaran di Jepun telah disahkan positif dijangkiti COVID-19, kata Dr, Anthony Fauci, pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Institut Kesihatan Kebangsaan.

Menurut Fauci, seramai 44 penumpang warga Amerika Syarikat yang menaiki kapal tersebut “telah dijangkiti” dan “sedang ditahan di hospital Jepun” sementara operasi untuk membawa pulang rakyat Amerika Syarikat sedang dibincangkan.

“Sesiapa sahaja yang mempunya simptom tidak akan dibenarkan menaiki kapal terbang itu. Yang lain-lain pula akan segera dipindahkan ke pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat,” katanya.

Kira-kira 380 warga Amerika Syarikat terdapat di dalam kapal persiaran itu dan pihak berkuasa Jepun menyatakan bahawa 300 daripadanya sedang bersiap sedia untuk dibawa pulang.

Sehingga kini, terdapat 355 kes koronavirus telah didiagnos menerusi penumpang di dalam kapal tersebut. Kapal Diamond Princess telah terkandas di pelabuhan Yokohama sejak 3 Februari selepas syarikat kapal itu menyedari bahawa ada penumpang dari Hong Kong disahkan positif dijangkiti dengan COVID-19 selepas dia meninggalkan kapal itu pada bulan lalu.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa jumlah kes COVID-19 yang terdapat di negara itu yang meliputi California, Washington, Arizona, Illinois, Massachusetts, Wisconsin dan Texas adalah sebanyak 15 kes.

Sumber: Time

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa