Siakap Keli

Covid-19: Senator AS Dakwa Virus Bermula Dari Makmal Dan Bukannya Dari Pasar

Senator Republikan Tom Cotton dari Arkansas pada Ahad telah ‘menuduh’ China menipu berkenaan dengan tahap keburukan wabak koronavirus yang berlaku dan berpendapat bahawa virus ini mungkin berasal daripada makmal bio-keselamatan di Wuhan.

Dalam satu temu bual yang dilakukan di Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News, Cotton sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan China telah “menipu sejak dari awal lagi, dan mereka masih menipu sehingga hari ini” tentang situasi serta asal usul virus tersebut.

“Situasi ini semakin buruk kerana China telah menipu sejak dari awal lagi, dan mereka masih lagi menipu sehingga ke hari ini,” kata senator itu.

“Malahan, banyak lagi informasi yang tidak dapat diketahui berkenaan dengan virus ini. Sebagi contoh, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang dijangkiti dengan virus tersebut?”

Senator tersebut turut menyatakan pendapatnya bahawa virus Covid-19 ini bukannya berasal daripada sebuah pasar di Wuhan, sebaliknya berasal daripada makmal bio-keselamatan yang terletak beberapa batu dari pasar itu.

“Kami tidak mempunyai sebarang bukti yang menyatakan bahawa wabak itu berasal daripada sana, tetapi kerana penipuan dan ketidakjujuran China sejak dari awal lagi perlu dipersoalkan,” jelasnya.

Cotton pada sebelumnya menyatakan tuduhan yang serupa terhadap kerajaan China. Awal bulan ini, beliau telah berpendapat bahawa koronavirus berkemungkinan berasal daripada sebuah makmal dan menuduh China cuba berselindung berkenaan tahap sebenar ancaman yang dibawa wabak itu.

Menurut Pusat Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit AS, Makmal Bio-keselamatan Kebangsaan yang diselia oleh Akademi Sains China, di tingkat 4 makmal itu terdapat “patogen yang sangat berbahaya.”

Kenyataan Cotton itu dibuat selepas beberapa teori konspirasi berkenaan dengan asal usul koronavirus ini berlegar di media sosial, salah satu daripadanya ialah virus ini berkemungkinan berasal daripada sebuah makmal program senjata kimia.

Pihak berkuasa China setakat ini telah melaporkan bahawa sebanyak 2,048 kes baharu dan 105 kematian telah dicatatkan. Ini menjadikan jumlah 70,548 dan 1,770 kes kematian meningkat sejak Ahad.

Sumber: Newsweek

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa