Siakap Keli
Kredit Foto: Okezone News

Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di KLIA Disahkan Negatif COVID-19 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan ke atas enam penumpang kapal persiaran Westerdam disahkan negatif berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penumpang yang terdiri daripada empat warga Amerika Syarikat dan dua warga Belanda itu dalam keadaan sihat, dan kini mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan selanjutnya.

“Pihak kedutaan yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian ini dan mereka akan dibenarkan untuk menaiki penerbangan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia sehingga ini kekal 22 orang.

Sumber: Bernama

Sofea

There's always another side to every story