Siakap Keli

Gadis Itali Ini Peluk Islam Lepas Dengar Bacaan Al-Quran, Pilih ‘Abang Kerani’ UMT Jadi Pasangan Hidup

Tidak dinafikan melihat pasangan romantik diluar sana pastinya menimbulkan rasa ‘teruja’ untuk berkahwin terutamanya bagi golongan bujang. Tidak dinafikan bagi mereka yang sedang hangat bercinta, pastikan ingin melangsungkan pernikahan.

Sudah tentu jodoh itu rahsia dari Allah. Siapa kita nak halang. Tambah-tambah lagi apabila pasangan tersebut keluarga baru dalam Islam. Indah sungguh rancangan dan ketentuan Allah untuk kita.

Seperti perkongsian daripada Portal Media Kreatif UMT, sepasang pengantin baru baru sahaja diijab kabul pada 14 Februari lepas. Apa yang menarik perhatian ramai, pengantin perempuan adalah seorang muallaf dari Itali.

Sedikit perkongsian Gambar Majlis Akad Nikah Khalies dan Giovanna yang berlangsung di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.

Foto: Media Kreatif UMT

Rentetan daripada majlis ini Giovanna Khadija wolswijK (25 tahun) yang berasal dari ITALI telah memeluk Islam pada 18 JUNE 2019 dan majlis Syahadah itu berlangsung di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.Beliau adalah penganut asal atheist, tertarik dengan Islam setelah sering mendengar alunan al Quran dari pembesar suara masjid UMT.

Foto: Media Kreatif UMT

Beliau adalah pelajar Master di Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT dan sekarang bekerja sebagai Pembantu Penyelidik (research assistant) INOS.

Beliau telah memilih pasangan hidupnya Mohamad Khalies bin Hami Hamzah seorang staff UMT yang bekerja sebagai pembantu tadbir(perkeranian&operasi) di Pusat Pengurusan Akademik & Kualiti UMT.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, pasangan pengantin ini disambut baik oleh kedua-dua keluarga mereka.

Foto: Media Kreatif UMT
Foto: Media Kreatif UMT
Foto: Media Kreatif UMT
Foto: Media Kreatif UMT

Kami mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mereka semoga berbahagia ke akhir hayat.

 

Sumber: Media Kreatif UMT

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)