Siakap Keli
Gambar: CNN

“Kamu Sentuh Hati Kami,” Anak Titip Kata Semangat Atas Salji Buat Ibunya Melawan Kanser

Perbuatan seorang gadis di Amerika Syarikat telah berjaya mencuri perhatian serta memberi inspirasi kepada ibunya yang sedang berjuang melawan sakit kanser selepas dia menulis sebuah mesej menggunakan salji di luar kawasan bilik hospital itu.

Michele Schambach, 65, tiba di Klinik Cleveland daripada Guatemala pada Rabu dengan harapan dapat menerima rawatan dengan peralatan canggih untuk melawan kanser otak yang dihidapinya.

Anaknya, Marie Schambach, yang juga merupakan seorang ahli fizik di Guatemala menyatakan pada CNN bahawa dia tidak pernah melihat salji sebelum ini, dan mendapat idea kreatif itu selepas dia melihat satu kawasan yang dilitupi salji di luar bilik ibunya itu.

“Saya lihat di luar dan ternampak satu kawasan yang dilitupi salji, lalu saya fikir mungkin saya boleh menulis sesuatu di salji tersebut,” katanya.

Pada Jumaat lalu, dia telah menulis “MOM BE BRAVE” dengan jelas di kawasan salji yang boleh dilihat menerusi tingkap bilik ibunya itu.

“Saya bagitahu ayah, “Kejut ibu! Suruh dia tengok luar tingkap,” kata Marie. “Dia kelihatan gembira, sangat-sangat gembira.”

Schambach juga turut berharap agar pesakit lain dapat melihat mesej itu agar dapat dijadikan penyuntik semangat.

Klinik Cleveland telah muat naik satu Tweet dengan menggunakan kapsyen “A beautiful message was left at our main campus today. To the person who wore it, you’ve touched our hearts. #MomBeBrave.”

“Kamu sentuh hati kami”

Menurut Schambach, ramai netizen di media sosial mula memberi kata-kata semangat kepada ibunya itu setelah gambar itu dimuat naik oleh klinik tersebut dan menjadi tular.

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa