Siakap Keli

“Kita Jugak Kena Jaga Anak?,” Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai, Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kehidupan berumah-tangga, pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang-kala boleh menggoyahkan hubungan. Salah satunya, adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati.

Seperti kisah realiti yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad melalui facebook, mengenai seorang suami yang tergamak mengherdik isterinya di kaunter ketika mereka sedang berbaris untuk membayar barang yang dibeli.

Mujurlah, beberapa orang yang berada di situ tampil ‘menyekolahkan’ lelaki berkenaan dan membantu membayar barangan isterinya kerana ketiadaan wang. Moga menjadi iktibar kepada para suami agar lebih menghargai isteri yang telah berkorban segalanya demi keluarga.

Suami tinggi suara, tengking isteri dan anak

“Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”

“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.

Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju.

Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.

Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,

“Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”

Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”

“Diamlah, mulut tu belajar diam.”

”Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan”

Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”

Semua diam.

Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.

“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung.

Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.

Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.

Orang ramai bantu bayar di kaunter

Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”

Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.

Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.

Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.

Lelaki, jadilah suami yang bertimbang rasa

Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.

Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.

Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.

Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.

Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,

“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”

Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.

Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.

Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.

Buruk dia, buruk kita juga.
Baik dia, baik kita juga.

Begitulah.

Rata-rata netizen yang turut terkesan dengan kejadian tersebut, memuji tindakan pantas mereka yang berada di kaunter kerana membantu wanita berkenaan.

Malah, ramai yang mendoakan supaya lelaki tersebut insaf akan perbuatannya yang dianggap keterlaluan dan menjatuhkan maruah isteri di khalayak umum.

Tabik hormat pada mak cik dan geng barisan kaunter

Semoga kejadian ini menginsafkan suami

Puas hati bila lelaki tu kena

Adegan begini selalu di klinik ibu dan anak

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)