Siakap Keli

Lebih 100 Kematian Dalam Sehari, Jumlah Korban Di China Kini Cecah 1775 Orang

Pihak berkuasa kesihatan China hari ini melaporkan bahawa 2,048 kes baharu dan 105 kematian dicatatkan, ini menjadikan jumlah 70,548 dan 1,770 kes kematian meningkat sejak Ahad.

Wilayah Hubei telah mencatatkan sebanyak 100 kematian serta 1,933 kes positif yang baharu. Angka yang telah diumumkan oleh suruhanjaya kesihatan daerah iaitu 1,696 dan 58,182 masing-masing sekali gus telah mengubah angka kematian global kepada 1,775 orang setakat ini.

Bilangan kes baharu yang dicatatkan sebelum ini telah menurun tiga hari berturut-turut selepas kenaikan kes pada Khamis dilaporkan.

Kebimbangan berkenaan wabak ini semakin menular selepas puluhan warga Amerika Syarikat yang menaiki kapal persiaran di Jepun disahkan positif dijangkiti dengan virus COVID-19.

 

Gambar: world odometers

Menurut laporan yang dikeluarkan semalam, sekitar 1665 orang telah dikatakan telah terkorban ekoran wabak Covid-19. Namun, menurut South China Morning Post pada hari ini, angka kematian telah meningkat kepada 1775 orang.

Peningkatan ini menunjukkan bahawa peningkatan angka korban ekoran wabak penyakit ini meningkat melebihi 100 orang dalam tempoh sehari.

Sumber: South China Morning Post

Aqmal Ezany

I write what is right